Friday, November 6, 2009

Setahun Telah Berlalu

Mak aiiii...lamanya tak menulis apa-apa dalam blog ni. Masa yang ada terkejar-kejar dengan segala perkara yang mengejar dan menghambat. Waktu menjadi singkat....Setahun lebih blog ku ini terbiar sepi. Menyendiri. Teralpa atau ter "tak dan". Mana-mana sajalah. Seminggu lepas birthday aku yang ke-30 an....Ushh dah dekat 40 dah rupenya umur. Tapi hari tersebut, aku masih bergelut dengan seminar. Keluar rumah pepagi lagi, sampai Taska pukul 7 pagi, drop hero dan heroin then terus ke ILKAP sampai 6.30 petang. Balik ke Office, solat asar dan terus sambung magrib. Lepas magrib, my hubby call, ajak makan-makan untuk celebrate. Drive ke Taska ambil anak (kesiannya bebudak ni, dah malam pun mamanya masih kerja). Sampai kat Jusco, Hubby pun sampai, dia juga baru balik kerja. Kami kerja macam nak hidup seribu tahun! Ya Allah, bukakanlah dan berikanlah kami hidayahMu agar kami terus beribadat seperti kami akan mati pada esok hari...!
Di Jusco, kami hanya makan KFC sebab anak-anak dah excited duduk kat kerusi KFC! Terpaksalah kami plan keluar berdua hari lain....

Monday, August 25, 2008

HOBI....

Hari dah beransur petang. Aku masih di Office. Lebih kurang 15 minit lagi baru balik ke rumah. Sabtu 23hb hari tu, aku pergi ke MAHA, saja meninjau-ninjau kalau-kalau ada ruang yang boleh aku tukar menjadi peluang (pinjam kata-kata usahawan luxor, Pn. Sarina). Mungkin last day, so tak banyak pen yang aku dapat untuk koleksi kali ini. Cuma 5 batang sahaja, tapi bagi pengumpul pen seperti aku, itu sudah cukup baik untuk menambah koleksi. Paling canggih pen Batman dan pen dari MARDI (siap ada kompas lagi). Hobi mengumpul pen ini aku tiru dari hobi makcikku . (terima kasih Mak Chow). Kalau ada dua pen yang sama maknanya, satu akan sampai ketangan Mak Chow. Sekarang ini rasanya sudah ada lebih kurang 400 batang pen pelbagai agensi, organisaasi, pertubuhan, universiti, kolej, promosi dan lain-lain.